πŸ“Έ Pertandingan Fotografi Bulanan β€” Julai 2026

Pertandingan Fotografi
Bulanan KLNS

Tajuk: Demi Sebuah Harapan

Harapan menyatukan kita, semangat membina masa depan,
bersama untuk Malaysia yang lebih baik.

Anjuran: Karyawan Lensa Negeri Sembilan

πŸŽ‰ TEMPOH DILANJUTKAN! Disebabkan sambutan dan permintaan yang menggalakkan daripada ahli-ahli KLNS, tempoh penyertaan dilanjutkan sehingga 31 Ogos 2026. Lebih masa untuk anda abadikan momen harapan terbaik!
πŸ—“οΈ Tarikh tutup: 31 Ogos 2026, jam 11.59 malam
Maklumat Penting

Info Pertandingan

πŸͺͺ

Terbuka kepada ahli berdaftar dan aktif KLNS sahaja.

πŸ‡²πŸ‡Ύ

Peserta mestilah warganegara Malaysia.

πŸ–ΌοΈ

Setiap peserta hanya boleh menghantar maksimum 1 keping gambar.

⏰

Tarikh tutup: 31 Ogos 2026, sebelum jam 11.59 malam (dilanjutkan).

Tajuk Pertandingan Julai 2026
Demi Sebuah Harapan

Harapan menyatukan kita, semangat membina masa depan, bersama untuk Malaysia yang lebih baik.

Syarat & Garis Panduan

Syarat Penuh Pertandingan

Sila baca dengan teliti sebelum menghantar penyertaan anda.

πŸ‘₯1. Kelayakan Penyertaan
  1. 1.1Pertandingan ini terbuka khas kepada ahli berdaftar dan aktif KLNS sahaja.
  2. 1.2Peserta mestilah merupakan warganegara Malaysia.
  3. 1.3Ahli jawatankuasa KLNS dibenarkan menyertai.
πŸ’‘2. Tema Pertandingan
  1. 2.1Tajuk pertandingan ialah "Demi Sebuah Harapan".
  2. 2.2Foto mestilah menggambarkan nilai harapan dalam apa jua bentuk seperti keluarga, pekerjaan, kehidupan masyarakat, budaya, kemanusiaan, patriotisme atau situasi harian.
  3. 2.3Tafsiran tema adalah terbuka mengikut kreativiti peserta.
πŸ“·3. Syarat Penyertaan Foto
  1. 3.1Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar maksimum SATU (1) keping gambar sahaja.
  2. 3.2Foto mestilah hasil karya asli peserta sendiri.
  3. 3.3Foto boleh diambil menggunakan kamera DSLR, mirrorless, telefon pintar atau drone.
  4. 3.4Suntingan asas seperti brightness, contrast, sharpness, color correction dan cropping dibenarkan.
  5. 3.5Manipulasi keterlaluan seperti penambahan atau pembuangan elemen utama yang mengubah keseluruhan cerita foto adalah tidak dibenarkan.
  6. 3.6Foto mestilah tidak mengandungi watermark, logo, nama studio atau bingkai tambahan.
  7. 3.7Foto yang pernah memenangi mana-mana pertandingan lain tidak dibenarkan.
  8. 3.8Pihak penganjur berhak menolak mana-mana penyertaan yang tidak menepati tema atau syarat pertandingan.
πŸ“…4. Tarikh Penyertaan
  1. 4.1Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Ogos 2026, sebelum jam 11.59 malam (tempoh dilanjutkan susulan permintaan ramai).
  2. 4.2Penyertaan lewat tidak akan diterima.
  3. 4.3
    Keputusan pertandingan akan diumumkan dalam tempoh 2 minggu selepas tarikh tutup penyertaan.
    πŸ—“οΈ Pengumuman dijangka: sekitar 14 September 2026
☁️5. Format Penghantaran
  1. 5.1Format fail: JPEG/JPG.
  2. 5.2Digalakkan menghantar resolusi tinggi untuk tujuan penilaian.
  3. 5.3Saiz maksimum fail: 10MB.
  4. 5.4Satu gambar sahaja untuk setiap peserta.
πŸ“œ6. Hak Penganjur
  1. 6.1Pihak KLNS berhak menggunakan gambar pemenang pertandingan sahaja bagi tujuan promosi, pameran, media sosial dan dokumentasi dengan kredit kepada jurugambar asal.
  2. 6.2Hak cipta foto asal kekal milik peserta.
  3. 6.3Pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan sekiranya didapati melanggar syarat atau menggunakan karya bukan milik sendiri.
πŸ†7. Penilaian
  1. 7.1Penilaian akan dibuat berdasarkan: kesesuaian dengan tema, kreativiti dan komposisi, nilai emosi dan penceritaan, serta teknik fotografi.
  2. 7.2Keputusan juri adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.
πŸ›‘οΈ8. Etika & Keselamatan
  1. 8.1Peserta bertanggungjawab memastikan foto yang diambil tidak melanggar undang-undang atau privasi individu.
  2. 8.2Foto yang mengandungi unsur sensitif, perkauman, lucah, keganasan melampau atau menyentuh sensitiviti agama tidak akan diterima.
  3. 8.3Penggunaan drone mestilah mematuhi peraturan pihak berkuasa yang berkaitan dan di bawah tanggungjawab masing-masing.
🀝9. Penerimaan Syarat
  1. 9.1Dengan menghantar penyertaan, peserta dianggap telah memahami dan bersetuju dengan semua terma dan syarat pertandingan ini.
Langkah Terakhir

Borang Penyertaan

Lengkapkan maklumat di bawah. Pastikan gambar dalam format JPG/JPEG dan tidak melebihi 10MB.

πŸ“€
Klik atau seret gambar ke sini
Format JPG/JPEG sahaja β€’ Maksimum 10MB β€’ 1 gambar
Pratonton gambar penyertaan